Pages

Sunday, February 28, 2010

Isu semasa Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan

Pertama, berkenaan dengan isu pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Mengapa Kementerian Kesihatan tidak mengelolakan sendiri PTK anggota mereka dan menyerahkan pengurusannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam?

Pegawai JPA memaklumkan bahawa KKM tidak sanggup menguruskan PTK kerana kakitangan tidak mencukupi. Untuk rekod ketika ini terdapat lebih kurang 9 000 anggota Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat di KKM.

Tindakan: Kesatuan telah memaklumkan isu ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian pada 4 November 2008.
Kedua, mutakhir ini terdapat ramai Pembantu Tadbir yang memiliki Sarjana Muda dan Diploma. Memandangkan gaji gred N17 bertaraf SPM, apakah terdapat cadangan dari kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemegang ijazah?

Ketiga, berkenaan dengan isu BITK. Mengapa anggota diwajibkan mengambil peperiksaan sebelum layak mendapat elaun BITK sebanyak RM 80?

Setiausaha Agung Cuepacs segera mohon maaf


Caj perkhidmatan dihapuskan


Cuepacs tak perlu bimbang peluang wanita


Cuepac bimbang penguasaan wanita