Pages

Thursday, March 18, 2010

Jurutaip naik gred KUP N17 ......

Kalau Jurutaip dah naik gred KUP N17, Pembantu Tadbir dimana kedudukannya? Kalau dulu Jurutaip bantu selesaikan tugas tetapi kini Pembantu Tadbir dah kena taip sendiri. Apa kata Pembantu Tadbir yang lain? Pembantu Tadbir perlu diberikan kesaksamaan dari segi segi perkhidmatan. Perlu ada perbezaan diantara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Cuepacs perlu melihat semua ini secara menyeluruh dan tak hanya menerima pandangan yang diberikan oleh JPA.

Pegawai JPA merupakan penjawat awam atasan dan mereka tak pernah duduk kat bawah. Cuba tanya, pernah mereka menyediakan laporan dna menaip? Mereka hanya menerima laporan dna buat ulasan.

Di mana letaknya kredibiliti penjawat awam kini ....

Dahlah bonus pun tak dapat, nak bersara pun kena bagi hanya 20% aje. Cakap lain buat pun lain semasa tangan opsyen 58 dahulu. Ni kan pulak pekerja swasta nak dibagikan elaun persaraan pula.

Di mana letaknya kredibiliti penjawat awam kini? Kalau pesara swasta dapat elaun persaraan dan bonus, penjawatan awam dapat apa? Yang ni kenalah Cuepacs jawab. Jangan hanya nak politiking sahaja dan menjadi 'Yesman'.

Kena ingat pilihanraya dah dekat. Pelanduk mungkin lupa kan jerat tetapi lebih 800,000 penjawat awam tak mudah lupakan pelanduk. Fikir-fikirkanlah ...

Dengarkanlah suara kami ....

Kami paparkan kesemua keratasn akhbar mengenai penjawat awam. Semua penjawat awam boleh membuat ulasan secara terbuka mengenai sebarang isu yang dipaparkan. Blog ini adalah blog kita dan berikan suara anda secara terbuka dengan mematuhi etika berinternet.

Sekiranya suara anda didalam blog-blog jabatan adalah terhad dan dikawal - kenapa tidak menyertai kami ?

Istilah 'Penjawat Awam' perlu jelas

Pelbagai isu diketengahkan mengenai Penjawat Awam. Keperluan mendesak mendorong penjawat awam mengubah persepsi perkhidmatan awam bertarad dunia, pantas bekerja, proaktif dan rakyat didahulukan adalah merupakan sebahagian dari kehendak-kehendak yang diperlukan. Samada berbentuk positif atau negatif, penjawat awam dilihat sebagai satu aset yang amat penting didalam perkhidmatan awam.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila satu-satu perkhidmatan itu merugikan satu-satu pihak atau imej satu-satu perkidmatan itu terjejas hanya 'penjawat awam' sahaja yang dipersalahkan. Siapa itu sebenarnya 'penjawat awam'?

Yang jelas penjawat awam yang dimaksudkan itu adalah 'pembantu tadbir' atau 'kerani' sahaja yang dipersalahkan didalam banyak isu-isu yang ditonjolkan. Cuepacs atau mana-mana perlu jelas untuk didalam perkara ini seolah-olah hanya 'pembantu tadbir' sahaja yang sering dipersalahkan, bagaimana pula lain-lain jawatan? Tidakkah Kumpulan A atau B juga merupakan penjawat awam? Dimana silapnya?

Cuepacs sendiri tidak mempunyai fakta lengkap pengkhususan ini dan Cuepacs dilihat hanya memperjuangkan isu-isu remeh sahaja yang tidak mempunyai kesudahan seperti meminta bayaran bonus untuk penjawat awam. Penjawat awam bukanya 'pengemis' untuk meminta-minta bonus tahunan tetapi tidakah Cuepacs boleh mengesyorkan kepada Kerajaan sebagai bayaran tahunan yang tetap seperti pekerja swasta? Jumlah bayaran bergentung kepada sumber ekonomi sediada. Bukannya banyak sangat pun, tak boleh ke Cuepacs mengatasi perkara ini. Kami Pembantu Tadbir dah bosan dengan sikap Cuepacs seolah-olah Cuepacs mempunyai agenda sendiri .....

Perkhidmatan awam taraf dunia



Kekosongan besar jawatan Julai



Penjawat awam diminta prihatin



Penjawat awam perlu mantera kepantasan



Semua penjawat awam perlu amal prinsip hak asasi manusia



Penjawat awam edar 104 ketul ganja



Empat penjawat awam dituduh rasuah



Pahit manis 'diurus' penjawat awam



Memerdekakan etika perkhidmatan awam



Masa untuk bertindak



Kakitangan berhenti awal wajib dibela



Kakitangan awam perlu faham mengutamakan rakyat



Kakitangan awam digesa fokus NKRA



Amanat PM cetus perkhidmatan awam dinamik



Inovasi organisasi pemangkin kecemerlangan



FOMCA dakwa kementerian lambat salur maklumat



Cuepacs setuju kakitangan sokongan naik pangkat



Cuepacs minta penjelasan JPA



Bimbang penguasaan wanita



Cuepacs, MTUC wajar perjuang Cola ahli di desa



Cuepacs cadang tubuh kumpulan percambahan fikiran



Cuepacs tidak setuju kes diheboh dalam akhbar



Cuepacs terkejut batal keputusan



Cuepac tidak perlu lindungi doktor culas



Bayar tunai elaun lebih masa



Bayaran wad hospital pergawai pesara kerajaan dimansuhkan



Caj perkhidmatan dihapuskan



Budaya pengiktirafan mampu jadi pemangkin tingkat prestasi kerja



Punca kelemahan audit dikenal pasti



Agama tuntut kerja berkualiti



Aduan awam biar ikut peraturan





200,000 kakitangan naik gaji



129 langgar tatatertib



5% kakitangan ponteng kerja



Tuesday, March 2, 2010

Kami perlukan komen dari Pembantu Tadbir .....

Blog ini merupakan 'Suara Pembantu Tadbir'. Anda berhak menyatakan pandangan, ulasan, kritikan atau atau apa jua komen anda. Kalau anda merasakan suara Pembantu Tadbir tidak kedengaran didalam blog-blog yang disediakan oleh Jabatan anda kerana dikawal oleh 'Administrator Blog Jabatan/Agensi Anda' - maka disinilah anda boleh menyuarakannya secara terbuka mengenai Perkhidmatan Pembantu Tadbir.

Kenapa 'Suara pembantu Tadbir' tidak kedengaran didalam Blog Jabatan/Agensi anda atau blog jabatan/agensi tidak popular?

Ini kerana blog-blog jabatan/agensi yang menyediakannya dikawalselia oleh mereka yang hanya mahu mendengar 'suara-suara yang baik-baik sahaja' dan komen-komen yang tidak menyebelahi jabatan/agensi akan disekat (termasuk blogger berkenaan).

Amaran:
Komen yang dikemukakan tidak menyentuh individual atau peribadi seseorang, menghasut, menyentuh sensitiviti/integriti kaum atau fitnah. Amalkan kebebasan bersuara dengan beretika.

Kekosongan besar jawatan Julai



Empat penjawat awam dituduh rasuah



Tolong bantu Pembantu Tadbir Sambilan



Memorandum bantah perluas Skim Kesihatan Pesakit bayar penuh