Pages

Thursday, March 18, 2010

Istilah 'Penjawat Awam' perlu jelas

Pelbagai isu diketengahkan mengenai Penjawat Awam. Keperluan mendesak mendorong penjawat awam mengubah persepsi perkhidmatan awam bertarad dunia, pantas bekerja, proaktif dan rakyat didahulukan adalah merupakan sebahagian dari kehendak-kehendak yang diperlukan. Samada berbentuk positif atau negatif, penjawat awam dilihat sebagai satu aset yang amat penting didalam perkhidmatan awam.

Tetapi apa yang menyedihkan apabila satu-satu perkhidmatan itu merugikan satu-satu pihak atau imej satu-satu perkidmatan itu terjejas hanya 'penjawat awam' sahaja yang dipersalahkan. Siapa itu sebenarnya 'penjawat awam'?

Yang jelas penjawat awam yang dimaksudkan itu adalah 'pembantu tadbir' atau 'kerani' sahaja yang dipersalahkan didalam banyak isu-isu yang ditonjolkan. Cuepacs atau mana-mana perlu jelas untuk didalam perkara ini seolah-olah hanya 'pembantu tadbir' sahaja yang sering dipersalahkan, bagaimana pula lain-lain jawatan? Tidakkah Kumpulan A atau B juga merupakan penjawat awam? Dimana silapnya?

Cuepacs sendiri tidak mempunyai fakta lengkap pengkhususan ini dan Cuepacs dilihat hanya memperjuangkan isu-isu remeh sahaja yang tidak mempunyai kesudahan seperti meminta bayaran bonus untuk penjawat awam. Penjawat awam bukanya 'pengemis' untuk meminta-minta bonus tahunan tetapi tidakah Cuepacs boleh mengesyorkan kepada Kerajaan sebagai bayaran tahunan yang tetap seperti pekerja swasta? Jumlah bayaran bergentung kepada sumber ekonomi sediada. Bukannya banyak sangat pun, tak boleh ke Cuepacs mengatasi perkara ini. Kami Pembantu Tadbir dah bosan dengan sikap Cuepacs seolah-olah Cuepacs mempunyai agenda sendiri .....

No comments:

Post a Comment