Pages

Tuesday, March 2, 2010

Kami perlukan komen dari Pembantu Tadbir .....

Blog ini merupakan 'Suara Pembantu Tadbir'. Anda berhak menyatakan pandangan, ulasan, kritikan atau atau apa jua komen anda. Kalau anda merasakan suara Pembantu Tadbir tidak kedengaran didalam blog-blog yang disediakan oleh Jabatan anda kerana dikawal oleh 'Administrator Blog Jabatan/Agensi Anda' - maka disinilah anda boleh menyuarakannya secara terbuka mengenai Perkhidmatan Pembantu Tadbir.

Kenapa 'Suara pembantu Tadbir' tidak kedengaran didalam Blog Jabatan/Agensi anda atau blog jabatan/agensi tidak popular?

Ini kerana blog-blog jabatan/agensi yang menyediakannya dikawalselia oleh mereka yang hanya mahu mendengar 'suara-suara yang baik-baik sahaja' dan komen-komen yang tidak menyebelahi jabatan/agensi akan disekat (termasuk blogger berkenaan).

Amaran:
Komen yang dikemukakan tidak menyentuh individual atau peribadi seseorang, menghasut, menyentuh sensitiviti/integriti kaum atau fitnah. Amalkan kebebasan bersuara dengan beretika.

No comments:

Post a Comment