Pages

Sunday, March 27, 2011

Jadikan Bayaran BONUS Sebagai Bayaran Tetap Tahunan Seperti Pekerja Swasta!

CUEPACS hanya pandai membuat janji tetapi tidak pandai melaksanakan. Jangan perjuangkan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi. Penjawat Awam bukan minta sedekah pada setiap tahun menagih 'apakah bonus boleh dibayar'. CUEPACS sepatutnya memperjuangkan isu BONUS ini supaya ditetapkan dibayar pada setiap tahun sepertimana Pekerja Swasta. Hanya jumlah sahaja yang akan dibincangkan seimbang dengan keuntungan yang Kerajaan perolehi. Tindakan CUEPACS didalam isu ini perlulah relevan dengan keadaan semasa 'dan kita tak perlu meminta-meminta seperti peminta sedekah'. Kerajaan perlu ada toleransi dan Pembayaran Bonus tidak perlu menagih simpati dari Kerajaan semata-mata tetapi perlu ditetapkan dan jumlah itu tidak penting kerana kini Jentera Kerajaan mencapai tahap yang lebih memberangsangkan kerana hasil yang telah dipertingkatkan. Penjawat Awam telah melakukan yang terbaik, dimanakah tanggongjawab Kerajaan kini? CUEPACS jangan selalu bermain politik.

Cakap setakat nak pilihanraya boleh cakap apa sahaja, kena tunggu Pekeliling JPA dulu. Dulu pun cerita yang sama sekejap boleh bayar 100% sekejap bayar 20%. Kalau nak dekat pilihnaraya tu pelbagai janji. CUEPACS jangan terperangkap dengan janji pilihanraya. Yang penting CUEPACS kena perjuangkan Bayaran Bonus dijadikan tuntutan tetap tahunan seperti Pekerja Swasta, itu lebih baik.

Kepada kekawan yang nak berjuang, sertai komuniti kami di http://mytadbir.blogspot.com
Kami amalkan kebebasan bersuara.

No comments:

Post a Comment